Ribuan rakyat Johor membanjiri ruang legar Galleria@Kotaraya untuk membuat pra pendaftaran Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim di pusat beli-belah itu pada 23 Mac lalu.

JOHOR BAHRU – Sebanyak 195,000 permohonan diterima bagi Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim yang dibuat menerusi laman web www.yayasansultanibrahim.org.my. setakat 7 malam tadi.

Permohonan tersebut diterima tidak sampai tiga pra-pelancaran bagi rumah tersebut disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Galleria@Kotaraya di sini kira-kira 4 petang semalam.

Turut berangkat mengiringi tuanku adalah Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah; Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail dan isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam dan Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman.

Sultan Johor turut bertitah mengingatkan rakyat negeri ini yang berhasrat untuk memohon rumah tersebut supaya tidak terpedaya dengan tipu helah mana-mana pihak yang mendakwa mampu mendapatkan rumah berkenaan.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melancarkan pembinaan Rumah Impian Bangsa Johor sambil diperhatikan oleh Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Majlis Pra Pelancaran Rumah Impian Bangsa Johor di Galleria@Kotaraya di sini semalam.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melancarkan pembinaan Rumah Impian Bangsa Johor sambil diperhatikan oleh Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Majlis Pra Pelancaran Rumah Impian Bangsa Johor di Galleria@Kotaraya di sini semalam.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata, Sultan Johor juga terharu dengan sambutan yang diberikan rakyat negeri ini terhadap projek tersebut.

“Tolong jangan terpedaya dengan mana-mana pihak yang mendakwa mereka boleh membantu mendapatkan rumah tersebut menerusi cara yang diragui,” titah baginda, semalam.

Sultan Johor menerusi yayasannya bakal menyediakan sejumlah 1,840 unit Rumah Impian Bangsa Johor kepada rakyat negeri ini membabitkan tiga kawasan iaitu di Bandar Dato Onn, Bandar Baru Majidee dan Bukit Saujana berharga antara RM80,000 hingga RM420,000. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast