Semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini diminta mengadakan solat hajat bagi mendoakan agar anggota mereka, Wan Mohd Arif Wan Yahya, yang dikhuatiri lemas dan hilang di Sungai Paka dekat Kampung Durian Mentangau, Dungun, Jumaat lepas ditemui.

JOHOR BAHRU – Polis Johor sedang memperkemaskan kertas siasatan membabitkan bekas anggota DAP, Hew Kuan Yau sebelum diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata, Kuan Yau yang direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung penghinaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui laman sosial, telah dibebaskan pada Khamis dengan jaminan polis.

“Bagaimanapun kertas siasatan terhadap beliau masih dibuka dan sedang diperkemaskan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Upacara Perbarisan Hari Polis ke-210 peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor lapor Bernama, hari ini.

Kuan Yau yang turut digelar ‘Superman’ ditahan polis di bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Pulau Pinang pada 20 Mac lalu susulan satu laporan polis yang dibuat ke atasnya di sini.

Bekas Ketua DAP Teluk Intan itu kemudian ditahan reman empat hari bermula 21 Mac bagi membantu siasatan menurut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kuan Yau didakwa membuat penghinaan itu pada 13 Mac lepas dengan memuat naik poster parodi filem Walt Disney, ‘Beauty and the Beast’ yang disertakan dengan gambar Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast