Gambar yang disebarkan netizen di mana pesakit dipindahkan dalam kebakaran di Hospital Segamat petang tadi.

SEGAMAT – Seramai 61 pesakit Hospital Segamat di sini dipindahkan ekoran kebakaran di Wad 3 di sini petang tadi.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, kebakaran berlaku di bilik linen dan pesakit terbabit dipindahkan ke dewan dan wad-wad lain.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, daripada 61 pesakit terlibat seramai 45 pesakit dari Wad 3 manakala selebihnya dari Wad 4.

“Langkah itu ambil sebagai tindakan berjaga-jaga sebagai persediaan sekiranya berlaku perkara tidak dijangka atau tidak diingini,” katanya di sini hari ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast