Tun Arifin Zakaria dilantik sebagai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021.
PUTRAJAYA – Badan kehakiman akan terus menugaskan peguam untuk mewakili mereka termasuk warga asing yang menghadapi dakwaan yang membawa hukuman mati, jika mereka sendiri tidak mampu mengadakan peguam, kata Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.

“Jika ia kes hukuman mati, kami (pihak kehakiman) perlu tugaskan (peguam).

“Itu, kerajaan beri keutamaan. Jangan khuatir. Ini nyawa manusia,” kata beliau ketika ditanya sama ada bayaran yuran guaman kepada peguam lantikan mahkamah terjejas akibat potongan peruntukan kepada kementerian-kementerian.

Arifin menyatakan demikian ketika ditemui selepas pelancaran buku ‘coffee table’, ‘Istana Kehakiman Putrajaya Malaysia’ di sini hari ini.

Mereka yang menghadapi hukuman bunuh mesti diwakili peguam.

Di Malaysia, hukuman mati adalah mandatori bagi kesalahan membunuh, mengedar dadah dan kesalahan berkaitan keselamatan.

Adalah dilaporkan, berdasarkan perangkaan Jabatan Penjara, setakat 21 Feb tahun ini, sejumlah 1,122 banduan didapati bersalah dan dikenakan hukuman mati oleh mahkamah.

Sejumlah 16 banduan – 14 warga Malaysia dan dua asing – telah menjalani hukuman itu antara 2014 dan 21 Feb tahun ini.

Dari jumlah itu, 15 banduan dihukum mati kerana membunuh, sementara seorang lagi kerana jenayah melibatkan senjata api.

— BERNAMA



IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast