WASHINGTON – Samsung mengumumkan akan menjual telefon pintar Note 7 yang dipanggil balik sebagai peranti yang diselenggara semula, dalam usaha untuk mengurangkan stok peranti itu dengan cara ‘mesra alam’.
Pengeluar telefon pintar terbesar dunia itu berkata, ia akan menjual Note 7 yang diubah suai selepas berunding dengan pengawas selia dalam pelbagai pasaran.
Samsung telah membuat panggilan semula kira-kia empat juta Note 7 selepas timbul masalah bateri yang menyebabkan alat peranti itu mudah terbakar.
Beberapa tragedi membabitkan Note 7 menyebabkan ia diharamkan dibawa ke dalam pesawat dan bagasi.
Dalam siasatan yang dijalankan pada bulan Januari, Samsung mendedahkan masalah bateri punca kepada masalah Note 7.
Sehingga sekarang, rancangan Samsung bagi Note 7 yang dipanggil balik belum jelas kerana ia boleh menjejaskan alam sekitar jika diuruskan sebagai sisa pepejal.
Dalam satu kenyataan Samsung berkata, alat peranti yang dipanggil balik itu akan “dikitar semula dan diproses dengan cara yang mesra alam” dengan mana-mana komponen digunakan semula dan logam boleh digunakan oleh syarikat-syarikat kitar semula.
“Mengenai Galaxy Nota 7 peranti telefon diubahsuai atau telefon sewa, kebolehgunaannya bergantung kepada pihak berkuasa.
“Pasaran dan tarikh penjualan akan ditentukan,” katanya. – MalaysiaGazette