Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri SHabery Cheek berucap pada Majlis Malam Anugerah Tani Bernas 2017 di Hotel Istana, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 28 MAC 2017

KUALA LUMPUR-Kira-kira 200,000 pesawah di seluruh negara bakal menerima manfaat menerusi tabung insurans bagi membantu meringankan beban akibat bencana, kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, bagi tujuan itu, Syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) menjadi syarikat sulung menyumbang RM10 juta untuk tabung berkenaan.

Menurutnya, kerajaan akan membantu bagi mendapatkan sumber-sumber tertentu untuk memastikan langkah berkenaan berjalan dengan lancar.

“Ia akan diberi kepada pesawah secara menyeluruh, namun mereka perlu mengikut kaedah ditetapkan. Buat masa ini ia sedang dalam pertimbangan akhir,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Malam Anugerah Tani BERNAS 2017 di sini malam tadi.

Pada majlis berkenaan, Ahmad Shabery menyampaikan anugerah kepada pemborong dan pengilang bumiputera, pesawah serta anugerah khas kepada pembekal perkhidmatan.

Selain itu, beliau turut menyerahkan pakej umrah kepada wakil petani terpilih menerusi Program Rakan Ladang (PRL) BERNAS.

Dalam perkembangan sama Ahmad Shabery berkata, beliau akan mengemukakan perkara itu ke dalam mesyuarat Kabinet dalam masa sebulan dua lagi.

Katanya, jika langkah itu dipersetujui mungkin kelulusan untuk mendapatkan dana bagi tujuan itu akan diterima pada Bajet 2018. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast