Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Parti Kompunen Barisan Nasional di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 29 MAC 2017.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjanji akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini berhubung kes pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam.

Menurutnya, pada masa ini kerajaan menumpukan tentang  keselamatan rakyat Malaysia yang berada di Pyong Yang.

“Saya sudah beritahu bahawa dalam kes ini kita akan buat kenyataan bila sampai pada masanya.

“Jadi saya harap anda bersabar kerana ini merupakan rundingan dengan kerajaan dan perkara ini amat sensitif dan kita pentingkan keberhasilannya,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini berhubung kematian lelaki Korea Utara itu yang ditemui mati di klia2 pada 13 Februari lalu.

Najib berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di Menara Dato’ Onn di sini malam ini.

Mengulas lanjut Najib berkata, kerajaan turut menjaga imej Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang.

Jong-nam, anak sulung bekas pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Il didakwa dibunuh oleh dua orang wanita di bawah arahan ejen Korea Utara.

Dia secara terbuka mengkritik penguasaan dinasti keluarganya di negara itu. – MalaysiaGazette.

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast