KUALA LUMPUR – AppsMe yang merupakan aplikasi interaktif terkini mula mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna.
Ia adalah platform siaran langsung yang memberi peluang kepada pengguna untuk mempamerkan bakat mereka sambil menghiburkan khalayak.
ApssMe pertama kalinya dilancarkan di Taiwan pada tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ashlee Pang berkata, aplikasi itu memasuki negara ini disiarkan dalam bahasa Malaysia,  Inggeris dan  Cina dan berbeza dengan aplikasi terdahulu.
“AppsMe memberi peluang kepada pengguna untuk berinteraksi dengan penyiar kegemaran mereka.
“Pengguna turut berpeluang untuk menikmati persembahan secara langsung di atas platform berkenaan sambil berinteraksi dengan  penyiar.
“Aplikasi yang mensasarkan pengguna berusia antara 16 hingga 60 tahun dan pengguna boleh memilih bahasa yang digemari.

“Selain daripada penyiar tempatan, pengguna turut boleh berinteraksi dengan penyiar dari luar negara,” katanya pada majlis pelancaran AppsMe di sini baru-baru ini.

Ashlee menambah, pengguna boleh memancarkan siaran langsung melalui aplikasi tersebut.
Selain itu katanya, mereka juga boleh berkongsi siaran tersebut di platform media sosial seperti WeChat dan Facebook.
Ujarnya, individu yang berbeza latar boleh menggunakan aplikasi ini untuk mempamerkan bakat dan berkongsi dengan pengguna dari pelbagai negara.
““Kami percaya bahawa platform ini mampu meningkatkan kewujudan  penghibur, bukan sahaja di dalam negara mereka sendiri malah dalam rantau lain,” katanya.
“Pengguna boleh memilih untuk berinteraksi dengan penyiar dari kategori berbeza. Aplikasi ini menampilkan penyiar dari bidang hiburan hingga ke produk kecantikan dan bidang sukan.
“Mereka berpeluang berinteraksi dengan mereka untuk  tiga jam minimum satu hari. Ini ialah satu peluang untuk mereka membina dan mempertahan satu perhubungan dua hala antara mereka,” katanya.
Selain itu kata Ashlee, pengguna juga boleh membeli hadiah untuk penyiar yang menjana pendapatan bagi penyiaran.
“AppsMe menawarkan jenis kandungan yang berbeza. Penonton boleh memilih kandungan yang ingin ditonton dan berinteraksi dengan penyiar.
“Ia bukan sahaja kandungan tempatan, tetapi juga kandungan dari pelbagai negara. Ini menyediakan  penonton dengan kepelbagaian jenis kandungan” katanya.
Sementara itu, majlis pelancaran AppsMe ditaja oleh Admall dan dihadiri selebriti tempatan seperti  Harith Iskander, Amber Chia, Fiza dan Cathryn Lee.
Turut hadir di pelancaran itu ialah AppsMe selebriti laman sesawang dari Taiwan, Sprite and Babe.
Untuk mempelajari dengan lebih lanjut  mengenai AppsMe, muat turun aplikasi di Apple App Store atau Google App Store. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast