Khalid Abu Bakar

SUBANG – Ketua Polis Negara menafikan laporan yang mendakwa pihak berkuasa Malaysia telah silap mengenal pasti identiti Kim Jong-nam sebagai warga Korea Selatan selepas lelaki itu dibunuh.

“Merepek. Adakah kami sebodoh itu? Tidak, perkara pertama yang kami lakukan adakah memegang pasportnya. Pasportnya secara jelas dia dari Korea Utara, jadi kenapa kita perlu tanya Korea Selatan?

“Kami memaklumkan kepada Kedutaan Korea Utara tentang kejadian itu. Pegawainya datang dan mengenal pasti mangsa sebagai Kim Jong-nam. Tetapi keesokan harinya mereka menafikannya. Kata mereka mangsa bukan Kim Jong-nam tetapi Kim Chol,” kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Tegas beliau, sebagai penyiasat profesional, polis merujuk si mati dengan nama mengikut pasport sebelum dia disahkan positif Kim Jong-nam melalui ujian DNA.

Semalam, Reuters dalam laporan eksklusifnya berkata, pihak berkuasa Malaysia keliru dengan Republik Demokratik Rakyat Korea, nama rasmi Korea Selatan dengan Republik Korea selepas memeriksa pasport Jong-nam.

Jong-nam telah diserkup kepalanya oleh dua orang wanita ketika menunggu pesawatnya ke Macau di klia2 pada 13 Februari selepas berada di Malaysia sejak 6 Februari.

Beliau yang koma tidak lama selepas itu mati dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Hasil siasatan polis mendapati Jong-nam mati akibat agen saraf VX. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast