Empat lelaki yang hilang selepas sesat di Gunung Panti berjaya ditemui.

JOHOR BAHRU – Empat lelaki yang dilaporkan hilang selepas sesat ketika mendaki Gunung Panti ditemui selamat tetapi dalam keadaan lemah.

Mereka juga dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa dari tempat kejadian sedang dilakukan oleh pasukan menyelamat.

 

Kesemua merekka dipercaya sesat petang semalam dan menurut Ketua Zon Kota Tinggi Penguasa Bomba Al Hasra Mohamed, pihaknya menerima laporan kehilangan mereka pada 6.02 petang semalam.

“Kenderaan yang dipercayai kereta mangsa jenis Perodua Kelisa dijumpai berdekatan air terjun,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

BACA: Empat lelaki dipercayai hilang di Gunung Panti

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang turut disertai beberapa anggota polis dan Jabatan Hutan itu semalam dihentikan pada 6.30 pagi tadi dan bermula semula pada 9 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman turut mengesahkan laporan kehilangan itu.

Menurut beliau, setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai kehilangan keempat-empat mangsa. – MalaysiaGazette