Pamandangan di dalam Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia yang baharu. foto SAFWAN MANSOR, 08 MAC 2017

SUBANG – Pengundian terhadap Rang Undang-Undang (RUU) 355 dijangka tidak akan dibuat pada sidang Dewan Rakyat, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, penentuan mengenai RUU itu bagaimanapun tertakluk kepada bidang kuasa Speaker Dewan Rakyat.

“RUU 355 ini akan dibentangkan anggota Parlimen Marang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang). Kita serahkan kepada budi bicara Speaker sama ada huraian pindaan ini
akan diberikan secukupnya dan perbahasan akan dibuat atau sebaliknya.

“Tetapi, saya yakin pengundian (RUU 355) tidak akan dilakukan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Ke-24, di sini hari ini.

Rabu lalu, Barisan Nasional (BN) membuat keputusan untuk tidak membentangkan RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 atau RUU 355 di Dewan Rakyat.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang diPengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Keputusan itu dibuat selaras dengan amalan parti berkenaan yang hanya akan membuat sebarang keputusan berdasarkan konsensus bersama parti komponen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast