Tan Sri Annuar Musa dikejarkan ke hospital selepas mengalami sakit dada dan muntah-muntah.

KOTA BHARU – Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa dibenarkan keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini hari ini untuk menjalani rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Menurut Pegawai Khasnya Mohd Fadhil Yusof, Annuar menaiki penerbangan MAS ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 12.55 tengah hari.

“Annuar ke IJN kerana beliau mahu mendapatkan rawatan susulan daripada seorang doktor peribadinya yang sebelum ini pernah merawat beliau,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Fadhil berkata keadaan kesihatan Annuar semakin pulih dan beliau sudah boleh berjalan perlahan-lahan.

Sabtu lepas (1 April), Annuar yang juga Anggota Parlimen Ketereh dikejarkan ke HUSM selepas mengadu pening, sakit dada dan mengalami muntah-muntah pada pukul 6.15 pagi hari sama. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast