LONDON – Arsenal menunjukkan tanda-tanda ‘pulih’ dari aksi hambar dengan mengikat Manchester City 2-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris malam semalam.

Pada perlawanan itu Gunners bangkit sebanyak dua kali dari ketinggalan bagi membolehkannya berkongsi mata.

Arsenal tewas empat daripada 5 perlawanan sebelum ini.

Arsenal menunjukkan aksi yang buruk pada awal perlawanan apabila Leroy Sane meletakkan City di hadapan seawal minit ke-5.

Namun jaringan Theo Walcott pada lima minit sebelum babak pertama tamat berjaya menaikkan semangat rakan pasukannya.

Bagaimanapun kegembiraan itu tidak kekal lama apabila Sergio Aguero sekali lagi meletakkan City di hadapan pada minit ke-42.

Shkodran Mustafi menyelamatkan Arsenal daripada menghadapi kekalahan dengan gol penyamaan pada minit ke-53.

Pada perlawanan itu, Aguero melepaskan dua peluang terbaik untuk menambah jaringan City manakala Pep Guardiola tidak puas hati apabila pasukannya dinafikan sepakan penalti setelah bola terkena tangan Nachp Monreal.

Keputusan itu menyaksikan City turun ke tangga keempat dan Arsenal kekal di tangga ke enam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast