BERN – Pemantau kewangan Switzerland, FINMA menyiasat lebih daripada dua kali ganda pelanggaran peraturan kes anti-pengubahan wang haram pada 2016 berbanding tahun sebelumnya.

Jumlah siasatan naik kepada 22 berbanding sembilan kes pada tahun 2015 terutama yang berkaitan dengan kesalahan rasuah antarabangsa, kata organisasi yang berpangkalan di Bern dalam satu kenyataan di sini.

Pada 2016, bank-bank Swiss adalah pemain utama dalam skandal dana kekayaan berdaulat Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) – salah satu kes jenayah kolar putih terbesar di dunia.

Bank BSI dan Falcon Private Bank disekat oleh FINMA untuk berurusan dengan 1MDB. – MalaysiaGazette