BOTSWANA – Satu gempa bumi dengan magnitud 5.0 melanda Botswana pada awal pagi Rabu.
Gempa itu berlaku selepas mengalami gegaran kuat pada 6.5 pada skala Richter dua hari lalu yang menggegarkan selatan Afrika, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat.
Ia berkata, gempa bumi itu melanda pada 02:55 (0055 GMT) dan berpusat 159 batu (255 km) ke utara Gaborone.
Gempa itu amat cetek, hanya 6.2 batu (10 km), dan tidak menyebabkan banyak kerosakan. – MalaysiaGazette