PYONGYANG – Korea Utara membedil peluru berpandu balistik ke Laut Jepun, kata Kementerian Korea Selatan.
Tindakan itu dilakukan sehari selepas Pyongyang memberi amaran jika komuniti global meningkatkan sekatan ke atas negara itu.
“Pada pukul 6.42 pagi tadi, Korea Utara membedil peluru berpandu dari Sinpo ke Laut Jepun,” kata kenyataan itu.
Katanya, peluru berpandu itu telah dilepaskan sejauh 60 kilometer, sambil menambah Korea Utara dan Amerika Syarikat sedang menganalisis laluannya untuk mengenal pasti jenis senjata yang digunakan.
“Pihak tentera sedang memantau dengan rapi tindak-tanduk provokatif Korea Utara dan mengekalkan postur pertahanan yang tinggi”, katanya.
Pelancaran itu mungkin menimbulkan kebimbangan antarabangsa mengenai program senjata Korea Utara.
Pyongyang sedang berusaha membangunkan peluru berpandu jarak jauh yang mampu sampai ke Amerika Syarikat dengan kepala peledak nuklear dan setakat ini negara itu telah melaksanakan ujian nuklear, dua daripadanya dilakukan tahun lepas. – MalaysiaGazette