MANILA – Penilaian kepercayaan ke atas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte turun sedikit dalam tinjauan pendapat bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini,
Sebanyak 76 peratus daripada 1,200 rakyat Filipina yang menjadi responden oleh Pulse Asia berkata, kepercayaan terhadap Duterte jatuh tujuh mata dari Disember 2016.
Kedudukan prestasi suku pertama Duterte juga jatuh kepada 78 peratus berbanding 83 peratus sebelum ini.
Penilaian prestasi dan kepercayaan terhadap Duterte jatuh dengan ketara di Manila dan Luzon, yang juga menyaksikan jumlah responden yang kurang, kata Ana Maria Tabunda, pengarah penyelidikan itu.
Duterte mendapat skor tertinggi di wilayah selatan, dekat Mindanao, tambah Tabunda.
Kaji selidik yang diterbitkan hari ini tidak bertanyakan kepada responden untuk memberi sebab dalam penilaian yang dilakukan.
Ia dijalankan dari 15 Mac hingga 20 Mac lalu melibatkan wawancara bersemuka, selepas seminggu polis narkotik melakukan serbuan dalam komuniti setinggan.
Kajian itu sebahagian besarnya dipengaruhi oleh perkembangan sosial, politik dan ekonomi pada suku pertama, khususnya pembunuhan perang dadah, kata Earl Parreno, seorang penganalisis di Institut Politik dan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.
“Individu dalam kalangan komuniti miskin, yang mana kebanyakan pembunuhan berlaku, jelas tidak gembira dengan pendekatan Duterte perangi dadah kerana bimbang keluarga mereka akan menjadi mangsa seterusnya pembunuhan.
“Bagaimanapun, komuniti atasan memberi penilaian baik kepada Duterte kerana berasa usaha presiden memerangi dadah meningkatkan keselamatan mereka daripada jenayah dan dadah,” katanya.
Lebih 8,000 orang terbunuh sejak Duterte mengambil alih kuasa pada 30 Jun tahun lalu. – MalaysiaGazette