Gambar yang merakamkan seekor ular sawa membaham seekor buaya.

DARWIN – Dua lelaki yang memandu dengan melintasi Sungai Kimberley pada waktu malam, seakan-akan tidak percaya apabila melihat seekor ular sawa sedang membaham seekor buaya.

Kejadian itu telah menarik perhatian perhatian Wayne Chevis semasa dia sedang memandu bersama rakannya pada hari Ahad lalu dari tempat kerjanya di Lake Argyle Caravan Park ke Darwin.

Chevis telah merakamkan kejadian itu melalui telefon bimbitnya.

“Saya tidak pernah melibat kejadian seperti itu sebelum ini. Saya tidak pernah nampak ular memakan buaya.

“Seekor ular sawa yang besar telah menyambar seekor buaya air tawar di sungai yang di merentangi jalan raya ke Tasik Argyle, telah mengecutkan badan reptilia itu sebelum memasuki mulat ular,” kata Chevis,

Beliau percaya ular yang mengheret buaya itu mungkin sepanjang tiga meter panjang.

“Ia adalah ular yang besar dan agak tebal. Walaupun buaya haiwan yang ganas tetapi ia boleh menjadi mangsa ular,” tambahnya.

Membesar di Taman Negara Kakadu, yang mana bapanya seorang renjer, Chevis berkata, dia pernah menyaksikan ular-ular makan pelbagai jenis haiwan tetapi bukan buaya.

“Saya pernah nampak ular makan telur buaya dan sudah tentu ular makan penyu, angsa, burung, cicak dan goanna tetapi tidak pernah nampak ular makan buaya,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast