KUALA LUMPUR – Dunia internet kini tiada batasan yang boleh dimanfaat namun malangnya hampir 80 peratus pemilik bisnes tidak memanfaatkan sepenuhnya teknologi hari ini terutama platform Facebook untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Angka itu ditemui oleh pasukan SifuFBads Sdn. Bhd. selepas kajian dilakukan sepanjang tempoh tahun 2015 hingga tahun 2016.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SifuFBads Sdn. Bhd., Mohd. Effandy Saadon, pelbagai peluang muncul di dalam bisnes internet dan menjanjikan pulangan yang besar sekiranya bijak menggunakan kemudahan teknologi sekarang.

“Facebook adalah salah satu platform terbaik untuk peniaga memberitahu kewujudan produk atau servis mereka kepada bakal pembeli. Sayangnya ramai dalam kalangan mereka yang gagal menggunakan Facebook sebagai medan perniagaan.

“Alhamdulillah, setakat ini kami di SifuFBads telah melahirkan ramai alumni yang berjaya dalam perniagaan dan membina jenama di pasaran tempatan seperti De’Xandra, Marshmallowscarf, Caryazara, Mamadil dan banyak lagi.

“Mereka juga seperti kebanyakan usahawan lain yang bermula dari kecil sehingga menjadi jenama gergasi di dalam perniagaan internet,” kata Mohd Effandy pada sidang media Siri Jelajah SifuFBads 2017 di sini baru-baru ini.

Mohd. Effandy menambah, siri jelajah itu antara usaha pihaknya untuk menyampai di samping berkongsi ilmu tentang pengiklanan Facebook kepada seramai mungkin mereka yang berada di luar Kuala Lumpur.

Jelasnya, Siri Jelajah SifuFBads 2017 itu telah bermula di Johor Bahru pada 18 Februari lalu dan Kota Bharu pada 11 Mac lalu.

“Alhamdulillah sambutannya sangat menggalakkan dan berdasarkan sambutan itu, nampaknya kami terpaksa mempertimbangkan sekali lagi untuk mengadakan seminar di kedua-dua bandar itu untuk memberi peluang kepada mereka yang terlepas,” katanya.

Kata Mohd. Effandy,  Siri Jelajah SifuFBads 2017 akan diteruskan di Pulau Pinang pada 22 April ini, Kuala Lumpur (29 April), Shah Alam (6 Mei) serta Kota Kinabalu, Kuantan dan Ipoh yang masih belum mempunyai tarikh tetap.

Ujarnya, setiap peserta akan diberikan sebuah buku secara percuma bertajuk 7 Steps FB Ads For Business Owner yang ditulis sendiri oleh pihak Sifufbads.

“Buku ini akan diedarkan secara percuma kepada mereka yang berminat dengan hanya mendaftar di www.sifufbads.com/7step.

“Siri jelajah ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada bakal usahawan dan usahawan supaya menggunakan platform Facebook sebagai medium pemasaran dengan cara lebih bijak dan berilmu kerana media sosial ini sangat bermanfaat untuk mengembangkan bisnes mereka.

“Pendedahan oleh pasukan SifuFBads ini adalah antara cabang ilmu terbaik untuk para usahawan.

“Biar modal anda menimbun setinggi Gunung Fuji tetapi tanpa ilmu perniagaan anda mungkin akan menjurus kepada kerugian.

“Seperti juga ilmu pengiklanan Facebook, anda perlu berhati-hati memilihnya kerana ia sentiasa berubah mengikut peredaran masa.

“Perubahannya sangat pantas, jadi pastikan setiap iklan yang anda lakukan tidak sia-sia dan sampai kepada audien sasaran. Di sinilah pentingnya pembelajaran untuk mendapatkan ilmu itu,” kata Mohd Effandy lagi. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast