YANGGON – Aung San Suu Kyi menafikan berlaku pembersihan etnik minoriti Islam di Myanmar walaupun laporan besar-besaran tentang penganiyaan komuniti Rohingya di negeri Rakhine.

Dalam wawancara eksklusif bersama BBC, pemenang Anugerah Nobel Keamanan mengakui tahu masalah yang yang berlaku di Rakhine.

Tetapi katanya, istilah pembersihan etinik terlalu berat.

Sebaliknya, pemimpin de-facto Myanmar itu sentiasa terbuka untuk menerima kepulangan komuniti Rohingya.

“Saya tidak fikir berlaku pembersihan etnik. Ia adalah istilah yang terlalu kuat untuk menggambarkan apa yang berlaku.

“Saya fikir terdapat banyak permusuhan di sana – ia adalah orang Islam membunuh orang Islam juga, jika mereka fikir mereka sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa.

“Ia bukan sahaja satu perkara pembersihan etnik seperti yang anda gunakan -. Ia adalah suatu perkara yang dihadapi oleh dua pihak yang berbeza jurang dan jurang ini kita cuba tutup” katanya ketika memberitahu wakil khas BBC Fergal Keane.

Bagi kebanyakan orang, sikap berdiam diri Suu Kyi mengenai isu itu telah merosakkan reputasi beliau.

Tekanan antarabangsa ke atas Suu Kyi semakin meningkat menyebabkan kerajaan Myanmar, juga dikenali sebagai Burma, mula menjalankan operasi menangani pemberontakan di negeri Rakhine.

Tentera, yang digerakkan selepas serangan terhadap pengawal sempadan pada bulan Oktober, telah dituduh sewenang-wenangnya mensasarkan Rohingya.

Mereka didakwa merogol, membunuh dan menyeksa. Kekejaman itu menyebabkan kira-kira 70,000 orang telah melarikan diri ke Bangladesh.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bulan lepas mengumumkan ntuk menjalankan siasatan terhadap pencabulan hak asasi manusia seperti yang didakwa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast