Adi Putra

KUALA LUMPUR – Kes sebutan kali kedua permohonan penceraian isteri pertama  Adi Putra terus menjadi tanya apabila pelakon itu tidak hadir lagi di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pagi ini.

Kes tersebut sebelum ini ditangguhkan pada hari ini selepas Adi tidak muncul pada 31 Mac lalu.

Pihak media yang menunggu sejak awal pagi terserempak dengan Aida Yusof di depan Dewan 8.

Ditanya kehadiran suaminya, Aida yang kelihatan tergesa-gesa hanya memberi jawapan ringkas.

“Tak datang,” kata Aida sambil memberitahu dia mempunyai urusan di kaunter mahkamah dan terus menghilangkan diri selepas itu.

Mengikut senarai mahkamah, kes Adi sepatutnya disebut di depan Hakim Tuan Izzat Syazli Mushid pukul 8.30 pagi.

Difahamkan, tarikh bagi kes yang sama akan ditetapkan pada satu tarikh lain.

Sebelum ini, sebutan pertama kes perceraian pasangan itu ditangguhkan sekitar Mac lalu.

Pada 23 Mac lalu, aktor kelahiran Singapura itu tampil mengesahkan dia telah sudah pun berpisah dengan kedua-dua isterinya, Aida dan Norshahida Dzolkifly.

Adi, 36, mengumumkan perkara itu menerusi laman sosial Instagramnya.

Hasrat untuk berpisah dengan Aida bukan kali pertama dilakukan kerana pada Mei 2012, pelakon terbabit pernah berbuat perkara sama.

Adi dan Aida berkahwin pada 14 April 2006. Mereka tidak dikurniakan zuriat selepas kira-kira sedekad mendirikan rumah tangga.

Pada 20 Jun tahun lalu, Adi berkahwin pula dengan Shahida apabila gambar majlis pernikahan mereka tersebar di laman sosial. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast