KUALA LUMPUR – Fenomena drama bersiri seram siaran TV3 iaitu Misteri Wan Peah terbukti apabila ia mencatat sejarah dengan ditonton lebih 10 juta orang.

TV3 dalam satu kenyataan berkata, rating berkenaan dikira bagi semua episod rancangan tersebut yang ke udara menerusi slot Seramadi.

Kata kenyataan itu, untuk episod akhir yang disiarkan pada 31 Mac lalu, ia mencatatkan tontonan sebanyak 3 juta orang.

Kisah Misteri Wan Peah ini bermula apabila tiga rakan karib iaitu Yeh Kumbang (Acap Tokan), Li Kelubi (Zee Tokan) dan Ghani Gagap (Faiz Tapaw) pernah disergah oleh Wan Peah sewaktu mereka kecil sehingga mereka jatuh sakit.

Peristiwa itu masih menghantui sehingga mereka dewasa.

Selama 12 tahun orang kampung tidak melihat kelibat Wan Peah, sehingga mereka berfikir bahawa Wan Peah sudah meninggal dunia namun wanita itu sebenarnya masih wujud.

Drama terbitan JS Pictures itu mula bersiaran pada 13 Februari lalu yang dilakonkan oleh Acap Tokan, Zee Tokan, Faiz Tapaw, Saqia Dahuri, Indah Emerlda DFKL, Sweet Farhana, Sherry Al-Hadad, Ariff Aziz, Delimawati, Normah Damanhuri dan Usop Wilcha. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast