Home Nasional Lapangan Terbang Sibu ditutup hingga 10 malam ini

Lapangan Terbang Sibu ditutup hingga 10 malam ini

KUALA LUMPUR – Lapangan Terbang Sibu akan ditutup sehingga pukul 10 malam ini.

Sehubungan itu, 48 pesawat yang dijadual mendarat dan berlepas membabitkan syarikat penerbangan empat pesawat Malaysia Airlines, 16 AirAsia dan 28 MASWings dibatalkan.

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam kenyataannya berkata, penutupan lapangan terbang itu selepas pesawat MAS MH2718 tergelincir semasa mendarat di lapangan terbang itu pada pukul 10.17 malam selepas hujan lebat.

Penutupan itu bagi membolehkan MAHB menyiasat insiden berkenaan dan melakukan kerja-kerja pembaikan pesawat berkenaan.

Ketika kejadian pesawat Boeing 737-800 itu membawa 61 penumpang dan enam anak kapal. – MalaysiaGazette