KITA tidak dapat lari daripada hakikat bahawa persekitaran kita sangat berbahaya. Di sekeliling kita terdapat bermacam macam racun dan mikroorganisma yang mampu mengakibatkan kerosakan kepada tubuh badan kita secara terus and berperingkat.

Bagi memastikan kita mampu hidup dipersekitaran yang begini kita telah dicipta dengan satu sistem yang sangat spesifik untuk memastikan tubuh kita dapat mempertahankan diri dan mampu membaiki kerosakan yang berlaku dengan semulajadi.

Sistem pertahanan tubuh badan (sistem imun) adalah satu sistem yang diciptakan oleh Allah SWT bagi memastikan tubuh sesaorang itu dapat melawan serangan luar dan dalam tubuh manusia.

Sistem ini bertindak sebagai “askar” yang mampu memberi pertahanan serta ia mampu melakukan aktiviti pembaikan secara semulajadi. Sistem imun tersebut mempunyai ciri yang sangat spesifik dan boleh difahami secara melihat karekter fungsinya. Ia bertindak secara :-

(D) Detective and defensive – mengenal dan mempertahankan
(I) Internally Regulated – dikawal dari dalam
(R) Restorative – membaiki dan memperbaharui
(T) Tolerant – toleran

Untuk memastikan tubuh badan manusia mampu menangkis anasir luar yang mampu merosakkan tubuh, kita secara amnya disediakan dengan 3 jenis sistem pertahanan badan. Pertama adalah sistem bersifat mekanikal seperti kulit. Kedua, adalah sistem yang bersifat refleks seperti batuk dan bersin. Dan yang ketiga adalah sistem imun.

Sistem imun secara amnya terdiri dari dua komponen yang berbeza. Pertama, tubuh kita menggunakan sel sebagai salah satu alat pertahanan. Sel darah putih, sel dendritic dan sel-sel yang terdapat pada lapisan usus mampu mempertahankan kehadiran anasir yang berbahaya kepada badan.

Kedua, tubuh kita mengeluarkan bahan kimia yang bersifat humoral, iaitu bahan yang mampu menukar sesuatu bahan yang merbahaya kepada bahan yang pasif.

Sel darah putih terdiri dari sel yang dihasilkan oleh sum sum tulang dapat mengenal pasti unsur yang tidak dikehendaki. Sel ini mampu “memakan” atau menyerang anasir tersebut dengan menghasilkan bahan yang dapat menutralisirkan bahan asing tersebut. Mereka bertindak secara spesifik dan mampu mendeteksi secara sendirian.

Limposit, iaitu sel yang banyak dihasilkan oleh system limphatik adalah salah satu sel pertahanan yang mempunyai afiniti yang kiat terhadap serangan dari luar. Ia mampu dikeluarkan dengan banyak sekiranya ia dirangsang oleh serangan anasir yang tidak sepatutnya masuk ketubuh.

Sistem pertahanan badan ini juga dicipta untuk dapat melakukan aktiviti restorasi. Kerosakan yang berlaku akibat dari serangan oleh bahan yang berbahaya akan merangsang penghasilan bahan kimia yang mengakibatkan penghasilan keradangan.

Secara amnya, dapat lah dikatakan bahawa kehadiran keradangan ini memicu proses penyembuhan.

Proses ini akan merangsang kehadiran bahan bahan yang selain dari membersihkan agen perosak, ia menarik bahan bahan kimia yang melakukan proses penyembuhan.

Terdapat bahan kimia yang terbentuk dalam badan kita yang mampu menghasilkan sel sel baru dan membaiki kerosakan yang berlaku. Proses ini biasanya akan mengambil masa yang lebih lama.

Oleh kerana serangan anasir luar ini berlaku terutamanya dilapisan paling luar badan manusia maka, kita dianugerahkan dengan sistem pertahanan yang banyak di daerah kulit, hidung, mata, mulut, telinga dan usus. 70 peratus daripada reaksi sistem imun dimulakan pada bahagian usus.

Usus memainkan peranan yang sangat penting bagi menentukan rangsangan pertama sekiranya berlaku serangan luar.

Pemakanan adalah sangat penting bagi menentukan kejadian rangsangan tersebut. Sel pada usus mampu “membunuh” serangan tersebut. Ia juga mampu “memberitahu” sistem imun seterusnya untuk menghasilkan pembentukan antibodi sebagai persediaan sekiranya serangan itu masuk ke aliran darah.

Kejadian ini berlaku secara kompleks dan kita tidak mengetahui bahawa ini sedang berlaku dildalam tubuh kita.

Sistem imun ini kadang kadang dapat memberikan masaalah kepada tubuh kita sendiri. Pengaktifan yang berlebihan atau kesalahan pengaktifan boleh mengakibatkan sesorang itu mendapat masaalah kesihatan.

Antara penyakit yang dikaitkan dengan masalah ini adalah alergi kulit, asthma, serangan kepada organ tubuh yang lain seperti sendi dan ginjal dan dalam keadaan yang parah mampu menurunkan tekanan darah seperti yang dikenali sebagai kejutan anafilaktik.

Penyakit alergi adalah salah satu penyakit yang sangat biasa dikaitkan dengan masalah sistem imun. Sebagai contohnya, jika sesorang memakan bahan yang tidak sesuai, mereka boleh mendapat serangan gatal pada kulit, serangan asma dan boleh juga mendapat diarea yang berpanjangan.

Gangguan ini boleh dalam jangka masa pendek dan kadang kadang berlaku dengan tempoh yang lebih lama. Walaupun rawatan segera dilakukan dengan menghambat keadaan inflammasi tersebut, doktor harus mencari punca asas penyebab masalah tersebut. Jika ianya makanan, kita harus mencar jenis makanan yang tidak sesuai tersebut. Jika tidak, serangan serangan sebegini akan berulang kembali.

Biasanya ubat yang digunakan adalah berupa bahan yang mampu meredam keadaan keradangan yang berlaku di tempat serangan. Ia mampu mengurangkan kesan simptomatik seperti sakit dan gatal.

Walaubagaimanapun perlu diingat bahawa, allergik adalah hasil dari serangan sistem imun terhadap komponen badan dan bukannya bahan asing. Maka, pemeriksaan yang menyeluruh untuk mengenali punca kejadian ini adalah sesuatu yang wajib.

Penemuan punya pencetus masaalah ini akan penjadi penyelesaian masaalah. Dengan pengetahuan punca, kita boleh menghindari tubuh kita dari terdedah kepada elemen ini dan seterusnya menghindar dari mendapat masaalah.

Ketidakseimbangan system imun boleh merosakkan organ tubuh yang vital. Jika berlaku ketidakseimbangan pada paru-paru, ia akan menyebabkan asma.

Manakala jika ia berlaku pada sendi, ia boleh menghasilkan radang sendi yang dikenali sebagai rheumatoid arthritis. Oleh kerana ketidak seimbangan ini boleh berlaku dimana-mana sahaja di tubuh, maka menifestasinya boleh dilihat diseluruh tubuh kita. – MalaysiaGazetteDr Saifuzzaman Yusoff

Penulis adalah Ahli Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia Sabah

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast