Home Dunia Mesir umum perintah kecemasan 3 bulan

Mesir umum perintah kecemasan 3 bulan

KAHERAH – Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi mengumumkan perintah kecemasan selama tiga bulan susulan pengeboman di dua gereja oleh Kumpulan IS yang mengorbankan berpuluh-puluh orang.

Serangan di bandar Nile Delta di Tanta dan Alexandria berlaku kerika Pope Francis dijadualkan melawat Mesir.

Perintah kecemasan itu perlu dikemukakan ke Parlimen dalam tempoh seminggu, katanya ketika membuat ucapan amaran perang ke atas militan yang disifatkan mengambil ‘masa panjang dan menyakitkan’.

Menteri Kesihatan memaklumkan letupan pertama di Gereja Mar Girgis di Tanta mengorbankan 27 orang.

Pasukan kecemasan telah tiba di tempat kejadian semasa satu lagi letupan menggegarkan Gereja St Mark di Alexandria yang mana Pope Koptik Tawadros II telah tiba di sana.

Seramai 17 orang termasuk empat pegawai polis terbunuh dalam serangan itu, dipercayai dilakukan oleh pengebom berani mati yang selepas dilarang memasuki gereja itu.

Saluran CBC Extra yang merakamkan letupan Alexandria menunjukan bebola api di pintu masuk gereja dan kelihatan serpihan konkrit berterbangan sebaik sahaja seorang lelaki menarik seorang lelaki.

Saksi berkata, seorang pegawai polis telah mengesan pengebom berani mati itu sebelum dia bertindak meletupkan dirinya.

Sekurang-kurangnya 78 orang cedera di Tanta dan 40 di Alexandria.

IS mengaku dua pengebom berani mati dari Mesir melakukan serangan itu dan mengancam akan terus melakukan ancaman, dalam satu kenyataan yang disiarkan melalui media sosial. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast