KUALA LUMPUR – Penyanyi Nora meluahkan rasa hatinya terhadap suami, Allahyarham Johan Nawawi apabila anaknya mula bertanya mengenai bapa mereka.

Berkongsi coretan dan luahan pilunya di laman Instagram peri­badinya semalam, Nora, 43, berkata, dia akur dengan ketentuan Ilahi dan perlu menerangkan kehilangannya Johan terutama kepada anak bongsunya.

“Anak kecil ini bertanya…mana papa? Bila papa nak balik?
Sabarlah anak-anak. Papa sentiasa di hati kita.

“Semua ini adalah kenangan untuk saya tatapi bukan meminta simpati, apatah lagi dicaci….malah sedikit sebanyak ianya memberi ketenangan bila perasaan diluahkan selain pada Allah disetiap solat, disetiap sujud, tiap kali baca al-Quran, tahlil dan doa….inilah ubat yg paling mujarab.

“Masih terngiang-ngiang ditelinga ni abang selalu pesan…
Hidup ni kena pegang 3 perkara, solat, sabar dan syukur.

“Insya Allah i akan ingat semua pesan abang satu persatu dan manfaatkan untuk semua….terutama skali anak-anak kita.

“Mereka sudah jauh berubah dan menerima hakikat bahawa, mereka adalah anak-anak yatim dan saya adalah ibu tunggal yang bercerai mati.

“Semakin hari semakin pedih, pilu dan perit namun kami bangga dan redha…abang insan terpilih yang dijemput dengan cara yang terbaik , pagi Jumaat, waktu subuh yang cukup tenang.

“Ya Allah, ampunilah segala dosa suamiku,terimalah segala ibadahnya jauhilah dia dari segala azab, tempatkanlah dia di dalam syurgaMu Ya Allah. Kita juga akan menyusul nanti.
Al- Fatihah. Johan Nawawi 1966-2017,” coretnya di Instagramnya.

Pada 24 Mac lalu, Johan, 52, yang juga komposer meninggal dunia pada pukul 6.20 pagi di sebuah pusat perbatan di Subang Jaya akibat serangan jantung.

Hasil perkongsian hidup dengan Nora selama 25 tahun, pasangan ini dikurniakan empat anak iaitu Mohd Syakir Iman, 24; Mohd Syakir Alif, 19; Putri Nur Dahlia, 13; dan Putri Nur Fatehah, 5. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast