LONDON – Nasib malang menimpa bintang pop terkenal, Janet Jackson, 50, kerana sudah bercerai dengan suaminya, Wissam Al Mana selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

Menurut laporan The Mail, pemenang Grammy itu mengambil keputusan untuk terus tinggal di London bersama anaknya lelakinya, Eissa yang kini berusia tiga bulan.

“Kedua-dua mereka sibuk tetapi mereka berazam untuk menjadi ibu bapa yang baik, walaupun sudah berpisah. Keputusan Eissa tinggal dengan ibunya adalah keputusan yang terbaik,” kata sumber.

Janet berkahwin dengan jutawan Qatar itu pada tahun 2012 dalam sebuah majlis tertutup di satu lokasi yang dirahsiakan.

Ketika itu timbul  juga spekulasi, jutawan Qatar itu membelanjakan kira-kira RM3 juta (nilai ketika tahun 2012) untuk majlis tersebut.

Eissa dilahirkan pada 3 Januari lalu.

Janet di dakwa memeluk Islam selepas gambar yang menunjukkan penampilannya menutup kepalanya tersebar di internet sekitar beberapa bulan lalu.

Wissam Al Mana, 41, merupakan suami ketiga Janet. Sebelum ini penyanyi yang popular dengan lagu When I Think of You itu pernah berkahwin dengan penyanyi James DeBarge pada tahun 1984.

Selepas perceraian kali pertama, dia kemudian berkahwin dengan penari, Rene Elizondo (1991-2000). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast