KUALA LUMPUR – Selelas konsert pertamanya pada tahun 1991, ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid bakal kembali mengadakan konsert di Stadium Negara pada 5 Ogos depan.

Diberi nama Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017, konsert itu bakal menjanjikan persembahan menerusi rangkaian lagu sejak menceburi dunia seni pada tahun 1985.

Konsert itu dianjurkan IME Malaysia, diterbitkan oleh More Entertaiment dan disokong oleh syarikat artis Megada Entertainment.

“Inilah adalah kejutan buat peminat setia saya.

“Terima kasih kepada barisan penaja yang sudi menaja konsert ini selepas kali terakhir saya beraksi di Stadium Negara pada 1991,” katanya.

Sheila mengumumkan konsert tersebut pada majlis pelancaran album baharunya, Boneka di sini hari ini.

Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017 bakal menggabungkan sistem audio berkualiti tinggi, 100 para profesional dan ahli muzik terhebat yang diterajui penerbit muzik tersohor, Mac Chew.

Tiket-tiket berharga RM888 bagi premium (tempat duduk terhad), VVIP, RM68, VIP RM488, CAT1 RM388, CAT2 RM288, CAT3 RM188 dan CAT4 RM98. Harga tiket termasuk 6 peratus tetapi tidak.termasuk RM4 yuran pemprosesan.

Jualan tiket bermula pada 14 April 2017, jam 10 am di www.ticketcharge.com.my atau hubungi 03-9222 8811. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast