KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PKR, Datuk Adam Rosly ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 3.30 petang tadi.
Adam, 28, hadir ke ibu pejabat SPRM sejam sebelum itu bagi membantu siasatan dipercayai berhubung kekayaan luar biasanya.
Beliau dijangka dibawa ke Mahkamah Putrajaya pagi esok untuk direman.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Azam Baki mengesahkan penahanan Adam.
Adam pernah disiasat selama empat jam oleh SPRM pada Februari lalu selepas banglo ‘Disneyland’ miliknya mendapat perhatian.
Pemilikan banglo Adam didedahkan oleh Datuk Seri Jamal Md Yunos tahun lalu dengan mendakwa banglo Adam bernilai RM7 juta dan memiliki beberapa kereta mewah. – MalaysiaGazette