BEIJING – Syarikat penerbangan China, Air China menggantung penerbangan dari Beijing ke Pyongyang, lewat hari ini menurut CCTV,
Bagaimanapun tidak dimaklumkan punca penerbangan yang beroperasi pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat digantung.
CCTV tidak memetik sumber berita yang disiarkan di laman sesawangnya dan Air China tidak dapat dihubungi untuk mengulas selepas waktu pejabat.
Penerbangan akhir antara dua bandar itu adalah pada hari Jumaat dengan penerbangan balik ke Beijing tiba awal petang.
Air China memulakan penerbangan di antara dua buah negara itu pada tahun 2008 tetapi penerbangan kerap kali dibantalkan kerana berlaku masalah, kata CCTV.
China adalah sekutu utama Korea Utara tetapi tidak bersetuju dengan program senjata Korea Utara. – MalaysiaGazette