KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sesuatu perkara yang baik terhadap agama Islam tidak perlulah dimomokkan dengan menjadikan ia suatu perkara sinis.
Ujarnya, sesuatu perkara yang dilakukan melibatkan Islam perlu dilihat lebih mendalam bagi mengelakkan kesan negatif kepada mana-mana pihak khususnya umat Islam.
“Saya tidak mahu menyentuh mana-mana media tetapi jika sesuatu yang baik itu dikarikatur dan di kartunkan dengan bahasa-bahasa yang sinis apa lagi dalam bentuk satira, maka ilmu itu dianggap ilmu baru tapi kesan kepada orang yang menerimanya,” katanya berucap dalam Forum Menteri Dasar Awam di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) hari ini.
Kata-kata itu merujuk kepada tindakan akhbar cina Nanyang Siang Pau yang menggambarkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai monyet dalam satu karikatur baru-baru ini.
Dalam kejadian berkenaan, Nanyang Siang Pau telah menyamakan Pandikar Amin sebagai monyet bersongkok dan Abdul Hadi sebagai monyet yang memakai serban.
Tindakan itu boleh ditafsirkan sebagai penangguhan yang dibuat Pandikar semasa hari terakhir sesi Dewan Rakyat dalam perbahasan pindaan RUU355.
Ia dibawa ke sesi pada 24 Jun akan datang.
Bagaimanapun, Nanyang Sia Pau pada 11 April lalu memohon maaf ekoran penyiaran kartun monyet memakai serban yang disiarkan mereka pada 8 April lalu.
“Kalau kita seorang yang berilmu hanya untuk menyindir orang lain, gunakanlah intelektual untuk berkongsi bersama dan bukan gunakan untuk merendah org lain,” kata Ahmad Zahid lagi.
Sejurus selepas permohonan maaf, KDN mengambil telah memanggil Ketua Pengarang akhbar harian Nanyang Siang Pau Sdn. Bhd. (Nanyang Siang Pau) berikutan penyiaran karikatur menghina Pandikar dan Abdul Hadi. -MalaysiaGazette.