Restoran Sun Dial di Westin Peachtree Plaza di Atlanta. foto Agensi

ATLANTA – Seorang kanak-kanak berusia lima tahun meninggal dunia selepas mengalami kecederaan di kepala selepas terperangkap di restoran berputar popular di Atlanta.

Menurut USA Today, kanak-kanak itu cedera di Sun Dial, sebuah restoran di bahagian atas hotel 73 tingkat, Westin Peachtree Plaza di Atlanta, apabila dia tersangkut di antara bahagian lantai dan dinding yang berputar.

Budak itu dan keluarganya dari Charlotte dan berada di restoran untuk makan tengah hari, katanya.

Jurucakap Jabatan Polis Atlanta, Warren Pickard berkata: “Kami fikir kanak-kanak itu di luar pemerhatian ibu bapanya dan disebabkan dia masih kecil, kanak-kanak itu panik apabila tersangkut.”

Laporan oleh 11alive berkata, kanak-kanak itu tidak sedarkan diri apabila dikejarkan ke Hospital Memorial Grady dan kemudian meninggal dunia.

USA Today melaporkan, George Reed, pengurus hotel Westin Peachtree Plaza dipetik sebagai berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dan akan membantu dalam siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast