Anggota kumpulan militan Abu Sayyaf. foto Agensi

MANILA – Kumpulan Abu Sayyaf memenggal kepala salah seorang mangsa culik pada Khamis lalu, kata angkatan tentera Filipina semalam.

Dalam mesej teks, Komader Petugas-petugas Khas bersama Sulu, Kolonel Cirilito Sobejana berkata,  kepala anak kapal FB Ramona, Noel Besconde telah dipenggal di kawasan Patikul Barat, Sulu.

Sobejena berkata, pemimpin kumpulan Abu Sayyaf, Hatib Hajan Sawadjaan melakukakan perbuatan itu.

Berconde diculik bersama tiga lagi diculik di perairan Laut Sulawesi pada Disember lalu.

Abu Sayyaf mungkin memenggal kepala Besconde kerana beliau sakit dan menjadi liabiliti, kata jurucakap angkatan tentera Filipina, Brigadier Jeneral Restituto Padilla dipetik ABS-CBN News.

“Dia jatuh sakit dan dia melambatkan pergerakan mereka. Mereka memilih untuk memenggal kepalanya kerana kami sedang memburu mereka,” katanya.

Padilla berkata, kumpulan tersebut menuntut tebusan sebanyak 3 juta Peso untuk Besconde tetapi kerajaan mengekalkan dasar tidak membayar wang tebusan.

Pihak berkuasa menemui video pembunuhan Besconde dan masih mencari mayatnya. SEbelum ini, angkatan tentera mengisytiharkan memerangi kumpulan Abu Sayyaf secara besar-besaran di kepulauan Jolo dan Basilan.

Kumpulan Abu Sayyaf masih menawan rakan-rakan Besconde selain lebih daripada 12 orang warga asing di Jolo, kata Sobejana.

Pada tahun lalu, kumpulan militan itu memenggal kepala warga Kanada John Ridsdel dan Robert Hall. Warga emas, Jurgen Kantner mengalami nasib yang sama apabila tuntutan wang tebusan sebanyak AS$600,000 ditolak.

Tentera Filipina berkata, pemimpin Abu Sayyaf yang terlibat secara langsung dalam penculikan dan pembunuhan warga Kanada dan Jerman merupakan antara yang terbunuh dalam pertempuran di sebuah pulau peranginan pada minggu lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast