WASHINGTON – Amerika Syarikat menyelar ujian peluru berpandu terbaharu Korea Utara sebagai satu provokasi dan menegaskan ia sedang bekerjasama dengan China untuk menyelesaikan krisis yang dilihat sudah mencapai tahap kritikal.
Di tengah-tengah kebimbangan bahawa Korea Utara akan sekali lagi menguji bom nuklear, Pentagon berkata, ujian yang dilancarkan berdekatan Sinpo hampir meletupkan serta-merta selepas berlepas.
Sejurus ujian itu, Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat, H.R. McMaster berkata: ” Terdapat konsensus antarabangsa sekarang – termasuk China dan kepimpinan China – yang mana situasi sekarang tidak boleh lagi diteruskan”.
Dengan tegangan yang semakin meningkat, McMaster berkata, Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya sedang mengkaji semua tindakan – “pilihan tentera” meskipun pentadbiran Trump masih belum membuat sebarang keputusan.
Pemerhati masih kekal meletakan Korea Utara pada pemantauan tinggi, setelah Kim Jong-un dilaporkan mahu melakukan ujian nuklear kali keenam.
Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence yang tiba di Seoul semalam, selepas Korea Utara melakukan ujian peluru berpandu yang dilihat sebagai provokasi.
Amerika Syarikat memberi jaminan mempertahankan Korea Selatan daripada ancaman program senjata oleh jirannya.
Terdapat 28,500 tentera AS ditempatkan di Selatan.
McMaster berulang kali menyatakan bahawa China semakin bimbang tentang tingkah laku
Korea Utara.
Konsensus baharu itu dibuat selepas masalah ini sudah memuncak. Dan sudah masanya untuk kita untuk melaksanakan semua tindakan yang boleh, pilihan tentera dalam usaha menyelesaikan masalah ini secara aman,” kata McMaster. – MalaysiaGazette