Datuk Seri Adnan Yaakob berbasikal diiringi polis

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob nyata mempunyai cara tersendiri untuk menyambut ulangtahun kelahiran beliau.

Apa tidaknya, Adnan dilihat mencuri tumpuan apabila beliau nekad berbasikal untuk pulang ke rumah setelah selesai tugas di Pejabat Menteri Besar di Wisma Sri Pahang.

Biarpun jarak antara pejabat beliau dengan kediaman rasmi Menteri Besar hanya sejauh 4.3 kilometer, langkah sihat itu dibuat beliau bagi menghargai individu yang menghadiahkan basikal berkenaan sempena ulangtahun kelahiran beliau yang ke 67 hari ini.

Adnan yang berpakaian baju putih dan berseluar hitam turut dilihat diiringi beberapa polis semasa dalam perjalanan ke kediaman rasmi beliau.

Datuk Seri Adnan Yaakob
Datuk Seri Adnan Yaakob

Beliau dilahirkan di Bentong dan memasuki arena politik pada Pilihan Raya Umum 1986 sebagai ADUN Pelangai.

Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Pahang pada 1999 menggantikan Tan Sri Mohd Khalil Yaakob yang dilantik sebagai Menteri Penerangan ketika itu. -MalaysiaGazette.