KUALA LUMPUR – Enigma Boutique melancarkan logo baharunya seiring dengan penjenamaan semua produk keluarannya.

Logo tersebut berpaksikan kepada perkataan EB yang membawa maksud Enigma Boutique.

Selari dengan pertukaran logo itu, Enigma Boutique telah menganjurkan pencarian model muslimah untuk imej baharu butik tersebut.

Malam kemuncak pencarian model itu apabila lapan finalis bersaing untuk bergelar juara.

Sebagai daya penarik, Pelengkap Hati dipilih sebagai tema bagi majlis itu sebagai kesinambungan slogan Enigma Boutique, Beauty till Jannah.

Turut ditayangkan, filem pendek Pelengkap Hati sentuhan CST Production yang disiarkan secara eksklusif pada majlis yang diadakan di Grand Ballroom Tropicana Golf & Country Resort.

Malam yang gilang gemilang itu dirasmikan oleh bekas isteri Perdana Menteri, Tun Jeanne Abdullah.

Turut hadir suaminya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

new logo eb

Majlis turut dimeriahkan lagi dengan persembahan oleh Ayu Damit selaku Duta Enigma Boutique apabila akan menyanyikan single terbaharu yang bertajuk Pelengkap Hati.

Sementara itu, orang ramai boleh berkunjung ke Enigma Boutique yang terletak di M3 Mall, Taman Melati di Gombak Setia atau hubungi talian 012-444 5835

Selain itu, butik itu boleh dihubungi di email beralamat [email protected] FB : Enigma Boutique Instagram : @enigmaboutique. – MalaysiaGazette

 

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast