KUALA LUMPUR – Jualan kenderaan meningkat 26.5 peratus kepada 53,717 unit pada Mac berbanding Februari didorong oleh bulan yang panjang dan banyak syarikat yang mengakhiri tahun kewangan mereka pada 31 Mac 2017 mahukan penghantaran segera.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) berkata, jualan April dijangkakan kekal pada paras yang sama dengan bulan Mac.

Tambahnya, pertumbuhan jualan yang lebih tinggi itu didorong oleh promosi-promosi yang giat dijalankan oleh syarikat-syarikat kereta.

Menurut MAA, jualan kenderaan pada Mac juga 10 peratus lebih tinggi berbanding setahun lalu.

Jualan kenderaan Mac adalah sebanyak 53,717 unit yang merangkumi 48,355 kereta dan bakinya adalah kenderaan komersial.

Sehingga hari ini, jualan kenderaan bagi keseluruhan industri meningkat sebanyak 7.3 peratus kepada 140,839 unit merangkumi 127,530 kenderaan penumpang dan 13,309 kenderaan komersian berbanding 131,251 unit bagi tempoh sama sebelumnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast