SAN ANTIONO (AMERIKA SYARIKAT) – Biar pun rumah tangga yang dibina selama lima tahun bersama Janet Jackson dikatakan sudah berakhir, suaminya Wissam Al Mana punya cara sendiri menghargai bekas bintang pop popular itu.

Laporan portal mySanAntonio.com mendedahkan jutawan Qatar berusia 42 tahun itu mencuri perhatian ramai selepas beliau memuat naik potongan ayat al-Quran di akaun laman sosial miliknya.

Potongan kitab suci orang Islam tersebut merupakan petikan surat Ali Imran ayat 186 yang ditulis dalam bahasa Inggeris. Ayat tersebut membawa erti tentang ujian yang akan datang pada setiap manusia.

“Kamu benar-benar akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu benar-benar akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati.

“Jika kamu bersabar dan bertaqwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan,” demikian tafsiran ayat-ayat tersebut.

Ayat tersebut dipercayai ditujukan kepada Janet yang juga adik beradik kepada penyanyi terkenal, mendiang Michael Jackson.

Selain itu, Wissam juga memuat naik mesej mengenai luahan yang cukup menyentuh hati dan berserta potret Janet berwarna hitam putih, Wissam menulis kapsyen,

(“To the most beautiful person in the world, thank you for your divine love, your eternal support and for being my best friend. I love you so much, inshallah we will be together in the Great Forever x (sic)”)

“Kepada wanita yang orang paling cantik di dunia, terima kasih atas cintamu, sokonganmu dan menjadi kawan baik saya. Saya sangat sangat sayangkan awak, inshallah kita akan bersama-sama dalam “Great Forever” x (sic) ”

Sebelum ini, media antarabangsa melaporkan Janet dan Wissam berpisah selepas tiga bulan dikurniakan cahaya mata pertama, diberi nama Eissa Al Mana.

Sumber mengatakan mereka berpisah kerana perbezaan budaya.

Janet dikatakan tertekan dengan kehidupan dan budaya Timur Tengah yang terpaksa dilaluinya sejak berkahwin dengan Wissam.

Bagaimanapun, sehingga kini baik Janet mahupun Wissam masih belum menggeluarkan sebarang kenyataan rasmi menegnai perpisahan mereka. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast