“Kita akan lihat keperluan, kalau perlu, kita panggillah dan kalau tidak, tidak panggil,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan lafaz Ikrar Bebas Rasuah (BP) peringkat kerajaan negeri Johor yang diketuai Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama-sama sembilan Exco di Pejabat Menteri Besar di sini, hari ini.
Sebelum ini, Mohd Shafie menyatakan kesediaannya untuk disiasat oleh SPRM berhubung isu berkenaan.
Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki memberitahu sebanyak 24 individu telah dipanggil setakat ini bagi membantu siasatan kes terbabit.
Katanya, pihaknya turut menjalankan siasatan meliputi lebih tujuh premis termasuk pejabat Mara Inc, pejabat peguam serta pejabat penilai hartanah setelah memperoleh maklumat baharu yang berkaitan dengan pembelian hartanah berkenaan.
Azam turut berkata sehingga penghujung tahun ini, siasatan belum tentu juga selesai kerana akan mengambil masa lama apabila melibatkan pihak di luar negara.
— BERNAMA