Home Dunia Letupan rosakkan bangunan Eurobank

Letupan rosakkan bangunan Eurobank

ATHENS – Letupan berlaku di luar pejabat Eurobank di pusat bandar dekat sini, menyebabkan kerosakan pintu masuk dan tingkap pecah, turut merosakan premis berhampiran.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan, kata polis.

Eurobank adalah institusi pemberi pinjaman ketiga terbesar dari segi aset di Greece.

Polis telah mengepung kebanyakan jalan-jalan di kawasan sekitarnya selepas menerima panggilan amaran kepada sebuah laman web berita tempatan.

Letupan yang berlaku di 2238 waktu tempatan (1938 GMT) dilaporkan kuat sehingga didengari di pusat bandar Athens. – MalaysiaGazette