Champs-Elysees dibanjiri anggota polis sebaik sahaja kawasan tersebut diserang.

PARIS – Kumpulan Daesh mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tembakan di Paris yang mengorban seorang pegawai polis dan dua lagi cedera parah.

Dalam satu kenyataan menerusi agensi berita Amaq, kumpulan ekstremis itu yang memberi nama samaran kepada penembak dengan membayangkan dia adalah warga Belgium.

Pengakuan pantas itu adalah tindakan bukan kebiasaaan kumpulan yang telah kehilangan wilayah di Iraq dan Syria.

Menteri Dalam Negeri Perancis berkata, adalah terlalu awal untuk menyatakan motif serangan di Champs-Elysees namun Presiden Francois Hollande berkata, beliau yakin ia adalah serangan pengganas, lapor Independent.

Satu mesyuarat tergempar pegawai-pegawai keselamatan, pertahanan dan perisikan akan diadakan hari ini, katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan sebuah rangkaian televisyen.

Hollande berkata: “Kita sepatutnya berwaspada, khususnya dalam hubungan pilihan raya,”.

Siasatan anti keganasan telah dibuka dan para pegawai polis berkata, suspek yang dibunuh pegawai polis sebelum ini dikenalpasti sebagai pengganas.

Pegawai pendakwa di Paris berkata, mereka telah mengenalpasti penyerang itu dan kini sedang menyiasat sama ada dia bertindak bersendirian. Serbuan sedang dilakukan di bandar raya itu.

Sebaik sahaja selepas serangan, seorang saksi memberi tahu media Perancis: “Tiba-tiba setiap orang bangkit dan mula berlari, kami tidak mempunyai masa untuk memahami apa yang sedang berlaku,”.

“Kami dengar satu atau dua tembakan. Kami berlari. Saya tidak memahami apa yang sedang berlaku. Kami menuju ke arah jalan, polis mengarah kami untuk bergerak lagi,”

“Kami tidak melihat sama ada mereka berdua, bertiga atau hanya seorang penyerang. Kami terus berlari.

“Kami terdengar dua tembakan. Semua orang yang duduk di teres bangun dan melarikan diri, kerusi terbalik,” katanya. Agensi