Nelydia Senrose

KUALA LUMPUR – Pelakon, Nelydia Senrose dikenakan waran tangkap kerana gagal menghadirkan diri bagi prosiding kesnya dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

LHDN dalam satu kenyataan berkata, Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 23, menghadapi lima pertuduhan kerana gagal untuk mematuhi notis di bawah Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang mengkehendaki beliau mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi lima tahun taksiran iaitu bermula tahun 2009 sehingga tahun 2013.

LHDN memaklumkan, pelakon itu turut menghadapi satu lagi pertuduhan kerana gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 ACP1967 bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN.

“Kegagalan mematuhi kedua-dua notis tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 120(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak kurang daripada RM200 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau boleh dihukum penjara tidak lebih dari enam bulan atau kedua-duanya sekali,” kata kenyataan yang sama.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast