Polis dan tentera Filipina berjaya menembak mati empat ahli Abu Sayyaf di Bohol. foto CNN

MANILA – Empat lelaki bersenjata terbunuh ketika tentera kerajaan menghapuskan saki baki kumpulan militan Abu Sayyaf selepas gagal dalam cubaan untuk menculik pelancong di sebuah pulau.

Mereka yang mati itu dipercayai belayar ke pulau tengah Bohol awal bulan ini untuk melakukan penculikan.

Serbuan itu telah memberi isyarat peningkatan ancaman penculikan Kumpulan Abu Sayyaf, yang berpangkalan di pulau-pulau terpencil, juga terlibat memenggal kepala dan melakukan pengeboman maut.

“Keganasan tidak mempunyai tempat dalam (pusat) kawasan Visayas,” kata satu kenyataan bersama tentera dan polis ketika mengumumkan kematian empat daripada penculik di Bohol.

Sebelum ini, enam anggota Abu Sayyaf yang lain telah terbunuh dalam pertempuran awal di pulau itu pada 11 April.

Kejadian itu turut mengorbankan tiga anggota tentera dan seorang anggota polis.

Pihak tentera berkata, mereka telah menjejaki tujuh lelaki bersenjata lagi yang dipercayai masih bersembunyi selepas pertempuran terbaharu itu. – MalaysiaGazette