Rakaman video yang menunjukkan penumpang wanita yang mendukung anaknya sedang menangis. foto Agensi

DALLAS – American Airlines telah menggantung kakitangannya yang bergaduh dengan seorang penumpang wanita berhubung kereta sorong bayi yang menjadi tular di media sosial.

Kejadian itu berlaku ketika pesawat milik syarikat penerbangan itu dalam penerbangan ke Dallas dari San Francisco, Amerika Syarikat.

Rakaman video yang ditular dalam Facebok pada Jumaat lalu oleh penumpang menunjukkan seorang wanita yang mendukung anak kecilnya menangis dan seorang lelaki yang bangun dari tempat duduk bertengkar dengan kakitangan kabin yang mengambil kereta sorong dari wanita berkenaan.

Pengguna facebook Surain Adyanthaya, yang berkongsi video mendakwa kakitangan kabin itu bertegas mahu merampas kereta sorong dan memukul wanita itu dengannya.

Tindakan kakitangan kabin itu didakwa nyaris terkena anak wanita berkenaan.

Ekoran kejadian itu, seorang lelaki yang tidak dikenali bangun dari tempat duduknya dan memberi amaran kepada kakitangan kabin itu: “Jika anda berbuat demikian kepada saya dan saya akan mengetuk anda”.

Kakitangan itu kemudian menunding jari dengan marah kepada lelaki terbabit dan mencabar penumpang itu memukulnya.

American Airlines berkata, syarikat itu sedang menyiasat insiden tersebut yang berlaku sebelum pesawat berlepas.

“Kami meminta maaf kepada penumpang itu dan keluarganya dan semua penumpang yang terkesan dengan insiden berkenaan,” kata American Airlines. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast