PERANCIS – Patrice Evra mendedahkan hampir menyertai semula Manchester United selepas tamat kontrak bersama Juventus.

Namun pemain berusia 35 tahun itu berkata dia telah membuat keputusan lebih awal untuk berhijrah ke negara asalnya, Perancis bersama Marseille.

“Saya perlu jurulatih seperti Sir Alex Ferguson. Jurulatih dengan pemahaman yang sebenar. Itulah bagaimana saya suka bekerja,” kata Evra berkata kepada SFR Sport.

Pemain kental bek kiri itu memberitahu Jose Mourinho merupakan jurulatih yang tahu tentang pemahaman itu.

“Kadang-kadang kami menghantar mesej antara satu sama lain. Selain itu, saya hampir kembali ke United. Saya tidak menyembunyikannya.

“Malangnya, ia tidak berlaku. Saya tidak akan menceritakan ia secara terpeinci. Tetapi sudah tentu saya akan suka untuk bermain di bawah Mourinho,” katanya. – Malaysia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast