Ian Paterson

BIRMINGHAM – Beratus-ratus pesakit akan mendapat pampasan selepas seorang pakar bedah payudara disabitkan kesalahan menjalankan pembedahan yang tidak diperlukan.

Ian Paterson, 59, didapati bersalah terhadap 17 pertuduhan mencederakan dengan niat melibatkan sembilan wanita dan seorang lelaki di West Midlands.

Peguam Thompsons berkata, seramai 350 orang wanita membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Firma Guaman, Slater and Gordon berkata, mungkin beratus, jika tidak beribu yang membuat tuntutan ke atas Paterson.

Paterson, dariAltrincham, Greater Manchester, juga didapati bersalah atas tiga pertuduhan mencederakan yang menyalahi undang-undang di Crown Court Nottingham.

Pakar bedah yang merawat beribu-ribu pesakit sepanjang kerjayanya itu didakwa membesar-besarkan atau mencipta risiko kanser dan menuntut bayaran untuk prosedur yang lebih mahal dalam beberapa kes, mahkamah dimaklumkan.

Dalam perbicaraan sepanjang tujuh minggu membabitkan 10 orang mangsa, melibatkan sampel rawatan Paterson – dibedah antara tahun 1997 dan 2011 – dikendalikan secara persendirian Hospital Little Aston dan Parkway di West Midlands.

Juri tidak diberitahu Paterson menjalankan beratus-ratus operasi yang tidak perlu kepada pesakit NHS, dengan tabung hospital membayar 17.8 juta pound sebagai ganti rugi dan kos undang-undang.

Paterson dikenakan ikat jamin dan berakhir sebelum dijatuhi hukuman pada Mei ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast