Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) kini didakwa sudah mula menjadi organisasi untuk orang kaya sahaja.

Itu kritikan Tan Sri Annuar Musa ekoran pasukan bola sepak kelantan yang kini jatuh ke tangga ketujuh Liga Super dari tangga kelima gara-gara pemotong mata kerana isu hutang pemain tertunggak oleh FAM dan FMLLP.

Berdasarkan perkembangan terbaharu ini, pasukan Kelantan dilihat paling terkesan dan hanya perbezaan satu mata dengan pasukan di kedudukan zon penyingkiran.

“FAM menjadi semakin caca merba.Bola bukan saja tak maju malah mula mati terus. Dulu kedengaran janji bahawa pasukan akan di beri RM2 hingga RM3 juta..belum pun itu di tunaikan,pasukan dicekik di tengah musim.

“Apakah ini pembaharuan yang ingin dibawa?” soal bekas calon Presiden FAM itu dalam satu kenyataan malam tadi.

Menurut Annuar, hutang memang sentiasa menjadi masalah kepada peratuan bola sepak negeri termasuk Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Bagaimanapun, semasa beliau menerajui KAFA, pihaknya berusaha mengurangkan hutang namun apabila ada masalah penaja tarik diri dan sebagainya ia tidak selesai sepenuhnya.

Tetapi, katanya, FAM pada zaman itu memberi peluang kepada KAFA mengurus hutang mengikut keupayaan masing-masing.

“Justeru kita bangunkan bola Kelantan.Banyak hutang lapuk kita selesaikan sementara team terus maju hingga menjadi gergasi bola sepak Malaysia. Ada hutang? Hutang sentiasa ada.

“Kemudian apabila bola Malaysia menjadi mahal dan dimahalkan, kita berdepan situasi baru. Pemain dicuri dan di pancing team kaya,pemain tuntut gaji tinggi dan lain-lain.Kita cuba membuat adjustment untuk terus bersaing,” katanya lagi.

KAFA, menurutnya mula mengalami defisit jutaan ringgit dan gaji pemain mula bermasalah.

“Lazimnya hal seperti ini memakan masa untuk disusun semula. Apakah kita perlu hutang dan tidak meneruskan penyertaan?

“Team dan pasukan semasa perlu didahulukan.Hutang perlu diuruskan bila mampu seperti juga dalam perniagaan.

“Kalau diikutkan kerana hutang FAM yang perlu ditutup dulu, FMLLP juga. Tengok kewangan team EPL..berapa billion hutang mereka tanggung? Ada mereka tolak mata di tengah musim?,” ujar Annuar.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast