KUALA LUMPUR – Pelakon, Remy Ishak, 35, sah bertunang dengan wanita pilihannya yang juga seorang ahli perniagaan, Ezza Yusof semalam.

Foto majlis pertunangan serba ringkas itu dimuat naik Ezza yang juga pereka kasut di akaun Instagramnya.

Ramai pengikut dan juga rakan artis tampil mengucapkan tahniah kepada mereka dan mendoakan supaya hubungan Ezza dengan Remy bahagia hingga ke akhir hayat.

Difahamkan, majlis pertunangan itu berlangsung di kediaman bakal isterinya di Pahang.

Pada majlis itu, Ezza menggayakan baju berwarna ungu muda, manakala Remy memakai kemeja rona biru.

Remy yang dihubungi hanya mengesahkan majlis pertunangan itu namun enggan mengulas tarikh perkahwinan kelak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast