LOS ANGELES – Kumpulan band Eagles memfailkan saman kepada pemilik sebuah hotel di Mexico kerana menggunakan nama ‘Hotel California’ – nama lagu popular kumpulan itu tanpa kebenaran.

Dalam saman yang difailkan pada lewat Isnin, Eagles berkata, pemilik Hotel Todos Santos di Baja California Sur melakukan promosi hebat agar para tetamunya mempercayai hotel berkenaan mempunyai kaitan dengan Eagles dengan menjual t-shirt dan barangan lain.

Kumpulan itu juga mendakwa hotel 11 bilik itu turut memainkan lagu-lagu Eagles melalui sistem bunyi dan menjual t-shirt, menimbulkan kekeliruan dalam kalangan tetamu.

Eagle juga mendakwa defendan Hotel California Baja LLC telah memohon Paten dan Trademark daripada Amerika Syarikat untuk mendaftarkan nama Hotel California.

“Defendan telah menyebabkan para pengguna Amerika Syarikat mempercayai bahawa Hotel Todos Santos dikaitkan dengan Eagles dan, antara lain berperanan sebagai inspirasi lirik lagu ‘Hotel California,’ adalah palsu,” kata aduan itu.

Tuntutan yang difailkan di Mahkamah Persekutuan Los Angeles. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast