KUALA LUMPUR – Harga petrol RON 95 dan RON 97 masing-masing turun antara RM0.10 seliter berkuatkuasa jam 12.01 pagi esok hingga 10 Mei ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menerusi akaun Twitternya menyatakan harga RON95 turun sebanyak RM0.10 seliter kepada RM2.11 seliter manakala harga RON97 juga turun sebanyak RM0.10 seliter kepada RM2.39 seliter berbanding RM2.49 minggu lalu.

Harga baharu diesel pula ditetapkan pada RM2.08 sen, turun sebanyak enam sen seliter.

Bermula pada 29 Mac lalu, kerajaan memutuskan untuk mengumumkan penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan, iaitu pada setiap Khamis bermula jam 12.01 tengah malam bagi menggantikan mekanisme pengumuman secara bulanan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast